Friday, 29 July 2016

Cara Halau & bunuh cicak dan lipas dengan mudah

Assalamualaikum wbt

Saja nak share satu racun serangga ni yang kitorang pakai kat rumah untuk bunuh cicak. Lama dah cari racun untuk bunuh cicak ni. Pakai spray pon tak jalan. nk spray pon susah sebab tinggi kan & cicak2 lak laju kan.

Asalnya jiran belakang rumah yang recommend racun ni sebb dia pon alami masalah yang sama. Rumah kami ni atas bukit banyak pokok-pokok so tak heran lah banyak cicak kan. Cicak siap berani naik atas sofa k. gemok2 lak tu.

Kami calit sikit je kat luar rumah kat lampu rumah. Letak la dalam beberapa tempat asalkan cicak jumpa racun ni. nak jadikan umpan letak dgn biskut atau nasi pon boleh.

Alhamdulillah esok pagi nya dlm 4 5 bangkai cicak depan rumah. Senang kan?
Puas hati sangat, padan muka kau haha.
Cicak king lak tu gemok



Tak dapat nak tangkap semua gambar, mak dah sapu, semut banyak. 

Hari ke2 jangan letak pulak ye sebab cicak2 ni bijak jugak. Diorang dah tahu ni racun so dorang dah tak makan. Kalau ada pon dalam 2 ekor bangkai yang kami jumpa on the second day. 
Kami letak jugak kat lantai wet dapur untuk bunuh lipas. jumpa 2 ekor lipas mati. 

Kalau nak cuba boleh contact kat sini 

 013 306 8191



Saturday, 16 July 2016

Boikot Bengkel Kereta SNR Review putrajaya




Lokasi: Presint 15

Berikut adalah berdasarkan pengalaman kami bersama SNR. Ye memang pandai marketing, dikenali 100% bumiputra, however boleh jadi ancaman / bahaya juga kalau pakai trademark 100% bumiputra ni kalau servis ketuk & teruk!

Setiap kali pikir pasal alarm & kunci kereta mesti teringat SNR, kecewa dibuatnya. ni dia kualiti alarm sensor yg diorg bagi. jenis rm1 pny. sensor dh la x blh jrk jauh. lepas beberapa bulan pakai rosak pulak tu, kereta dok alarm setiap 30 minit tiap2 hari. skrg dh x blh pakai dh sensor ni. terpaksa laa buat manual. terpaksa la buang masa pegi blk SNR ni, ni pon kalau dorg terima nk repair.

bukan ni je. pernah jugak repair kipas aircond, solve the problem, tapi skjp shj. lg penting mahalllll palk tu adoii..

hari ni 21 July khamis 2016 saya pergi balik SNR utk minta tukar alarm sampah yang diorg bagi ni. Diorang buka la alarm kereta kata nya untuk check samade kereta atau alarm yg rosak. Diorang cabut punya cabut wayar2 (betul2 buang masa) & malas pasang balik semua wayar. Lepas tu kata starter rosak buat2 tolak kereta & kata kalau nak repair ni dlm RM 300. Disebabkan kami memang benci dengan kedai ni & i dont trust their judgement at all, saya pergi lah kat bengkel lain straight after that, bengkel yg dekat desa pinggiran putra ni kata takde apa lah , ni sebab tak sambung wayar. tak de problem pon. Kecewa betul dgn produk MELAYU SNR ni. Jgn buat biz mcm ni bro2. Yang desa pinggiran putra ni servis punya mantap dah 2x pergi tak cas apa2. yg ni pon diorg tak cas tapi kami bg je duit sebab dulu pon mereka tak cas kami.

----- NOT RECOMMENDED! BOIKOT SNR -------

Friday, 1 April 2016

Pengalaman buka booth dgn Aisuka Bazaar

Lokasi: Bangunan Yayasan Selangor Petaling Jaya tingkat 9

1. Harga tapak mahal tak setanding langsung dengan crowd. Cakap besar awal2 tu pekerja 500 orang lah ayat pancing semua nya, dekat dengan sky bridge lah apa lah. Gambar yang di pos dalam FB hanya lah gmbr yg dipilih, hny 2 3 booth je yg crowd mcm tu, & itu pn last dlm sejam dua shj. Org dah start pack seawal 3pm. Very dissapointd 

2. Masa hari terakhir berniaga di situ ramai yang complaint kecewa dengan amout of crowd.

3. Organizer tak berapa friendly utk saya saya tak berapa suka lah

4. Boleh barang basah seperti air



Tak perlu buang masa. Lokasi sgt terpencil & sunyi. Belum lagi dengan berat nk agkt barang ke tingkat 7 amcorp. Kalau nk senang kena daki parking kat tingkat 7, dengan ada tangga kecil di skybridge. 




Sunday, 13 March 2016

Why I stop buying at Bake with Yen Bangi

Bake with Yen is a baking supply shop located in KL Chow Kit, Bangi, Puchong etc

1. Layanan terhadap pekerja nya sgt tidak menyenangkan. Branch Bangi

2. Kualiti jem nenas untuk tart nenas dah makin teruk. Jem nya da tak pekat mcm dulu, jem nya cair & merugikan

3. Jem nenas di Bangi branch lagi lagi cepat expired compare dengan KL. i beli kt bangi expire bulan 6 & kalau beli kat KL boleh dapat yg expirednya bulan 12


Review: Anis Coffee vs Pirate Coffee

Anis Coffee vs Pirate Coffee

Anis Coffew
- besar berbanding pirate coffee walaupon harga sama
- rasa lebih cair dari pitate coffee, pirate coffee lagi pekat, rasa mcm starbuck. Kalau diorg buat blended lagi mantap
- not car friendly, size cup tak muat cup holder, tak boleh nak ltk kt bawah & minum sambil drive


Wednesday, 10 February 2016

Taska kepong review 2015 2016

Salam wbt

Post ini adalah utk membantu parents dalam decision making, & ini hanya lah berdasarkan pengalaman dan pandangan saya semata2. 



Taska di desajaya kepong unicare centre playschool kedai corner 3 tingkat berdekatan masjid.


Pro:
1. Taska nya luas sebab corner lot kedai 
2. Ada sesetengah cikgu nya yg baik aurat terjaga tapi tak semua lah (x tau masih ada lagi ke tak) & ada slh sorg ckgunya yg suka budak. Rasa sgt thutg budi dgn dia.
3. Keep me updated masa anak saya demam.
4. Banyak toys
5. Ada whatsapp group 
6. Ada water heater


Cons:
1. Saya dtg pada lunch hour utk ambil ank sy & pernah terdengar ada cikgu marah2 pada newborn baby sbb kurang sabar. Saya sgt terkejut & kecewa & takut mengharapkan bukan anak sy yg kena. 
Itu baby dia tau apa? Itu mmg kerja nya menangis tu mmg fitrah nya.

Bgtau owner and owner kata akn bt meetg sesama staff. How can i ensure yg it will not happen again? Walaupun bkn ank sy yg kena, i dont want my baby to be in that kind of environment.
Sy x tau samada pekerja tu masih bekerja disitu ke tak.

2. Lesen. Saya x sure kalau taska ni dah diluluskan ke belum sbb masa hntr tu kata nya On the way. 

Taska takde tingkap & gelap so im not sure whether kelulusan tu boleh dpt ke tak.

3. Toilet nya :( 

4. Owner lebih focus pada tadika/playschool di tingkat atas. 

5.bersedia lah utk judgemental comment sebegini. To me it is very bias kpd 1 pihak & kurang matang punya statement.


 Who are we to comment or judge org lain? Are we in their shoes? Kita membesar dlm persekitaran & pengalaman yg sama ke? Do we know what other ppl are thinking & how they view things?
Why cant we have that respect, every person are unique and different and who are we to judge? 

6. Yuran mahal RM 400 and breakfast not included

7. Takde playmat. Janji nak letak tapi tak letak. I dont care if its mahal atau tak tahan lama ke apa, thats taska pny responsibility, to me plg penting is safety. All kinds of safety. Dont say nak ltk playmat kalau mmg tak nak letak playmat pun at the 1st place.
Yg penting kepala anak, kalau jatuh kat simen lantai siapa nak tanggung?  Mungkin Tuhan nak uji aku & bg aku peluang utk lbh bergantung padaNya.

8. Katanya demam ada 2 jenis, satu yg merebak & lagi 1 tak merebak, so bdk dmm blh dtg taska. I doubt that fact. Is it really a fact? Sbb ada parents a nurse. She is just a nurse & not a doctor. I asked my brother in law who is a doctor and he deny. This one not so big issue, pegi mn2 pun taska Pn sama.

To me ada beberapa benda & kita sbg parents juga perlu tahu apa yg kite boleh tolerate & tidak boleh tolerate. Saya percaya TuhanHence saya buat keputusan utk berhenti kerja untuk jaga anak.

Try get to know not only the owner tapi also pekerja sbb pekerja yg akn jg anak kita. 

Walaubagaimanapun this is my last time hntr anak ke situ & thank you for taki g care of my child. Semoga Allah balas jasa baik kalian. 
------------------------------------------------

Hanya sedikit sharing tentang taska di negara barat (Kanada)

1. Fresh grad yg ada degree dalam psychology pun belum tentu boleh dapat kerja jg bdk di daycare. Kawan saya pernah dibuang kerja sbb dia smbahyang & mereka x nk bdk2 tertanya2 tentang perbuatan tu.

2. Pernah dgr kes di sweden ibu bapa warga msia kena penjara tu? Ha sama lah. Children are treated like angels! Langsung takde racism ke apa tak kisah lah bertudung ke asian ke black ke aslkn ur children, you akan dijaga & dibackup.

3. Pekerja taska kena buat polis checkup utk check background you for safety reason

4. Yuran pun ofkos sgttt mahal sbb kualiti yg mcm tu, so utk parents yg kurg berkemampuan cth nya both parents student, gov akn bg subsidi. 

Saya tak expect taska ni to be like that , i just want to share yang perkembangan anak2 lagi2 masa the first 12 years adalah paling critical! Saya graduate dalam bidang psychology & ini pun membuatkan saya extra cautious pasal ni.

Maafkan saya jika ada yg terguris atau disagree with my statement. I am just sharing my first experience hantar anak di taska & my last. 

I have no intention to boikot or halang orang lain daripada hantar anak ke taska ni, there must be a way for improvement & hopefully ada improvement & again this is just my personal experience. Saya tak berapa suka bila orang kata "parents pun kena lah faham taska jg ramai bdk lh apa lah", hey2 statement ni to me tak masuk akal. Ini "anak" okayy. Sesetengah benda mmg boleh ditolerate & some tak boleh. 

For parents who need a solution, i recommend Taska Albaghdadi di selayang stadium. Ni their first branch for kids 0-3 years old. Thats wayyy better bljr alquran dan ada pengisian.


Lokasi taska albaghdadi ni di stadium selayang. Playmat penuh okayy, not only kat lantai but also kat wall. Super impressed! My baby terus explore tmpt ni . 
Cikgu2 nya pon bukan sebarang cikgu, ustazahnya2 dilatih dgn teknik albaghdadi tu sendiri. Tempat pun ada aircond dan ada natural lights. 
Anak2 akan diperdengarkan surah2 sebanyak mungkin & byk lagi teknik2 diorang. Parents pun akan dibagi buku mcm kat sekolah, so bukan anak je yg bljr alquran, parents pun turut bermanfaat and get involved sekali. 
Plg best sekali parents akan diupdate selalu sebab 1 cikgu jaga 3 orang shj.

Okayy tu saja sekian







Sunday, 31 January 2016

Dont buy mattress from Lazada & Skynet

Mattress Review Lazada & Skynet

I bought a spring mattress from Lazada & they take ages to deliver!

Sampai rumah on weekdays but ofcourse Im working so I had to rescesule on Saturday. This mattress is for my new house in Cyberjaya. So I wait the whole day tak sampai2 tilam ni. I terpaksa delay macam2 disebabkan tilam ni tak sampai2. Will never ever buy furnitures from Lazada again! And will never use Skynet ever!

Janji Sabtu tapi tak muncul2 and then on Monday bagi emel kat I kata akan delay lagi 5 more days!! Melampauu! I call them and Customer service pun sgt teruk. 
Verry terrible service.


Saturday, 30 January 2016

Homestay Cyberjaya - KLIA - Putrajaya murah (Hotel budget)

Hi all 

Nak share pengalaman homestay di salah satu hotel budget kat area Cyberjaya ni. Nama service apartment ni ialah Vega Residensi Cyberjaya.

Pro (kelebihan)
 1. Suasana tenang tak bising, unlike several apartment lain yg ramai penduduknya. Apartment ni masih baru so penduduknya masih tak ramai sangat.
2. View yang cantik serupa hotel. Dari tingkap ruang tamu nampak swimming pool.
3. Ada swimming pool & playground (permainan kanak-kanak), interior not bad. So senang lah kalau anak2 nak main sebab tak ramai orang berbanding dengan kolam public.
4. Sangat dekat dengan Dpulze Mall & Gem In Mall. Kalau nak menetap kat sini pun not bad sebab ada sekolah rendah dlm 3 minit drivr dari sini.
5. Tuala cadar rumah semua bersih, not bad at all. Tilam bantal pun not bad selesa juga. Setanding dengan harga.
6. Harga lagi murah dari hotel dan tempat lagi luas dari hotel. 

RM 100/day
RM 600 untuk 1 minggu (7 malam)
RM 1400/bulan  

Not bad la kan since bill api air tak payah bayar. Kalau nak buat program ke, usrah ke atau buat kelas ke, rumah macam ni sesuai la berbanding dengan sewa dewan ikut jam.

7. 30 minit dari airport (KLIA). Sesuai untuk yang duduk jauh dari Sepang, tak perlu nak terkejar ke airport.
8. Lokasi dekat dengan Putrajaya dalam 15 minit drive atau taxi 

Cons (kekurangan)
1. Tiada aircond, tapi not so big deal la since kat rumah pun x de aircond. Owner kata nak pasang aircond later. Rumah ada 3 ceiling fan & berangin so tak panas
2. Water cooler takde


Kalau ada yang berminat boleh contact nombor ni untuk book:
013 306 8191 / 013 357 8191
Whatsapp 

or their Facebook page (Homestay KLIA - CYBERJAYA - PUTRAJAYA)

http://cyberjayashorttermrental.blogspot.my/