Friday 29 July 2016

Cara Halau & bunuh cicak dan lipas dengan mudah

Assalamualaikum wbt

Saja nak share satu racun serangga ni yang kitorang pakai kat rumah untuk bunuh cicak. Lama dah cari racun untuk bunuh cicak ni. Pakai spray pon tak jalan. nk spray pon susah sebab tinggi kan & cicak2 lak laju kan.

Asalnya jiran belakang rumah yang recommend racun ni sebb dia pon alami masalah yang sama. Rumah kami ni atas bukit banyak pokok-pokok so tak heran lah banyak cicak kan. Cicak siap berani naik atas sofa k. gemok2 lak tu.

Kami calit sikit je kat luar rumah kat lampu rumah. Letak la dalam beberapa tempat asalkan cicak jumpa racun ni. nak jadikan umpan letak dgn biskut atau nasi pon boleh.

Alhamdulillah esok pagi nya dlm 4 5 bangkai cicak depan rumah. Senang kan?
Puas hati sangat, padan muka kau haha.
Cicak king lak tu gemok



Tak dapat nak tangkap semua gambar, mak dah sapu, semut banyak. 

Hari ke2 jangan letak pulak ye sebab cicak2 ni bijak jugak. Diorang dah tahu ni racun so dorang dah tak makan. Kalau ada pon dalam 2 ekor bangkai yang kami jumpa on the second day. 
Kami letak jugak kat lantai wet dapur untuk bunuh lipas. jumpa 2 ekor lipas mati. 

Kalau nak cuba boleh contact kat sini 

 013 306 8191



Saturday 16 July 2016

Boikot Bengkel Kereta SNR Review putrajaya




Lokasi: Presint 15

Berikut adalah berdasarkan pengalaman kami bersama SNR. Ye memang pandai marketing, dikenali 100% bumiputra, however boleh jadi ancaman / bahaya juga kalau pakai trademark 100% bumiputra ni kalau servis ketuk & teruk!

Setiap kali pikir pasal alarm & kunci kereta mesti teringat SNR, kecewa dibuatnya. ni dia kualiti alarm sensor yg diorg bagi. jenis rm1 pny. sensor dh la x blh jrk jauh. lepas beberapa bulan pakai rosak pulak tu, kereta dok alarm setiap 30 minit tiap2 hari. skrg dh x blh pakai dh sensor ni. terpaksa laa buat manual. terpaksa la buang masa pegi blk SNR ni, ni pon kalau dorg terima nk repair.

bukan ni je. pernah jugak repair kipas aircond, solve the problem, tapi skjp shj. lg penting mahalllll palk tu adoii..

hari ni 21 July khamis 2016 saya pergi balik SNR utk minta tukar alarm sampah yang diorg bagi ni. Diorang buka la alarm kereta kata nya untuk check samade kereta atau alarm yg rosak. Diorang cabut punya cabut wayar2 (betul2 buang masa) & malas pasang balik semua wayar. Lepas tu kata starter rosak buat2 tolak kereta & kata kalau nak repair ni dlm RM 300. Disebabkan kami memang benci dengan kedai ni & i dont trust their judgement at all, saya pergi lah kat bengkel lain straight after that, bengkel yg dekat desa pinggiran putra ni kata takde apa lah , ni sebab tak sambung wayar. tak de problem pon. Kecewa betul dgn produk MELAYU SNR ni. Jgn buat biz mcm ni bro2. Yang desa pinggiran putra ni servis punya mantap dah 2x pergi tak cas apa2. yg ni pon diorg tak cas tapi kami bg je duit sebab dulu pon mereka tak cas kami.

----- NOT RECOMMENDED! BOIKOT SNR -------