Berikut adalah tips2 berguna selepas beberapa research & foundings yang saya dapat dari observation & readings.
1. Franchise adalah salah satu bentuk investment, sama seperti investment hartanah (sewa rumah, sewa kedai, etc). Maka, walaupun bukan mudah untuk dapatkan franchise daripada company2 yang dah mantap, kita jangan terlalu terkejar, kita juga sebagai investor ada hak untuk investigate betul-betul sama ada syarikat tu betul2 berbaloi untuk dibeli, lagi2 melibatkan jumlah wang yang besar lagi2 industry f&b (food & beverage).
2. Setiap syarikat memerlukan sekurang2nya 3 tahun untuk dapatkan lesen franchise. Kalau kedai tu baru tu bukan franchise nama nya, itu licensing. Apa beza licensing dengan franchise?
3. Selidik dahulu perkhidmatan apa yang akan diberikan oleh syarikat induk (franchisor) kepada franchisee. Sesetengah syarikat meminta bayaran antara RM 75 ribu - RM 200 ribu untuk franchisee fee. Ada sesetengah syarikat tidak ambil kira kos marketing, walaupun marketing adalah tanggungjawab dan tugas franchisor. Saya pernah berbincang dengan satu syarikat burger yang terkenal di Malaysia yang tidak include marketing service dalam franchise fee mereka yang mahal itu.
4. Interview/temu ramah owner/pemilik atau manager store (f&b) franchisee dahulu. Interview lah lebih dari 3 franchisee kalau boleh. Dapatkan maklumat seperti perangai franchisor, komitmen franchisor samada stok dihantar on time atau lambat, apa perkhidmatan yang diberikan dll. Kalau kebanyakkannya negatif, cari lah syarikat lain. Kalau owner baik hati & mood okayy, tanya lah average sales sebulan. Kalau sales nya lebih dari RM 80 000, then insyaAllah ok. Sebelum nak interview jangan lupa break the ice dulu.
5. Franchise manager akan beri estimated sales, jangan terima bulat2. Itu juga antara sebab kenapa kita perlu interview existing franchisee. Cawangan yang banyak & facebook page likes yang banyak tidak semestinya untungnya banyak, mungkin mereka juga masih bertungkus lumus untuk dapatkan ROI (return of investment). 2 hingga 3 tahun adalah jangka masa (range) yang reasonable.
6. Selidik asset induk (franchisor). Adakah franchisor ada asset yang banyak atau adakah asset / sales franchisor datang kebanyakkan nya dari franchisee fee?
7. Latihan (training) mesti lah diberi kan dalam jangka masa yang reasonable seperti 3 bulan. Syarikat burger yang saya pernah interview hanya beri training selama 2 minggu. Itu adalah antara warning signs yang anda perlu berhati-hati. Syarikat yang bagus adalah syarikat yang ada vision yang tinggi dan jauh, dan bukan sekadar nak buat duit. Syarikt yang bagus akan pasti kan calon owner franchisee akan menjaga nama syarikat tersebut dengan elok, maka training akan diberi kan dengan baik.
( yes you can say masak burger je so tak perlu training lama2, atau previous experience f&b yang lepas2 sudah mencukupi, but in my opinion, 2 minggu training is not enough at all. You can get your own training for sure no problem, what I am pointing out here is it says alot the 'perangai' and commitment and level of involvement sesebuah franchisor itu.
8. Baca dengan teliti terms & condition sebelum tandatangan surat agreement franchise. Di negara barat dipanggil FDD (Franchise Disclosure Document). Document ini perlu include samada ada tak cawangan franchisee yang pernah tutup.
9. Walaupun estimated kos adalah RM 500 000, sentiasa sediakan duit lebih, contohnya RM 750 000. Lack of initial capital adalah salah satu punca besar syarikat boleh gulung tikar.
More info and tips boleh didapati di entrepreneur.com atau google sahaja dalam bahasa inggeris "warning signs franchise" (contoh). Pilih lah website / artikel yang reliable. Kalau link website tu .com .ca .au atau .gov lagi bagus.
Semoga bermanfaat. Goodluck.